PIZZA plakkkk....

View previous topic View next topic Go down

PIZZA plakkkk....

Post by afizaz93 on Mon Feb 18, 2008 10:26 am

Disebabkan x de tajuk ni lagiii, kak bukak topik ni..boleh,kan??

Saja nak share...semalam try wat pizza...uli guna BM..tp pg ni baru bakar..

kak guna tudung periuk je.... Smile


ini dah siap dibakar pg ni...

afizaz93

Posts : 21
Join date : 2008-02-17
Location : jauh tp dekatttt...

View user profile

Back to top Go down

Re: PIZZA plakkkk....

Post by meowlin on Mon Feb 18, 2008 11:25 am

Kak fiza cayang cantik manis.. meow tukarkan sket aje.. meow tukor pada pizza ye laling... tapi yg plakkk tu meow tak tukor Razz waaaaa waaa waaaa gebus nya pizzamu kak fizaaaa...

resepi kak fiza sendiri ke.. amboiii mana resepinya..wat org yg nengok ni meleleh ayor lior aje.. sib baik air lior tak basi.. ekekekeke...

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: PIZZA plakkkk....

Post by meowlin on Mon Feb 18, 2008 11:30 am

kak fizza n kekawan ni pizza yg meow penah wat kulit pizza tu meow ikut resepi kak hanieliza kat porum cari tu aje.. hmm dah lama tak wat pizza.. ada lagi belen meow wat frozen kat fridge tu.. tapi asben meow dah muak dah.. kalu ada org yg nak dtg ke baru rasa nak wat kot..


ni lagi.. yg ni meow taruk cheese murah aje yg slicess tu tak pakai mozarella dan chedar cam gambor atas tu Razz

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: PIZZA plakkkk....

Post by meowlin on Mon Feb 18, 2008 11:45 am

oklah ni resepi kulit pizza yg meow ambil dari kak liza dan kalu wat pizza memang resepi ini aje yg meow cuba.. haa kalu kak fiza atau kekawan ada resepi lain.. tempeklaa..nak cuba juga mesti syiok..

Bahan-Bahan Kulit pizza

4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 paket yis mauripan
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air suam (macam meow rendamkan kejap yis tu ngan air ni..)

Cara-Cara

1) Masukkan semua bahan di atas dalam mangkuk dan uli
sehingga menmjadi doh yg tidak melekat di tangan.

2) Biarkan dan tutup bahan doh dengan kain basah selama 1 jam atau sehingga naik 2 kali ganda.

3) Kemudian tumbukkan bahan doh utk menghilangkan gelembung angin. dan bahagikan beberapa bahagian macam meow selalunya meow bahagi kepada 3 atau 4 bahagian. Kemudian canaikan ikut tebal mana yg dimahukan dan terus diletakkan pada loyang yg telah disapu dengan marjerin. Biarkan naik lagi selama 15 minit.

4) Setelah itu cucuk cucukkan dengan lidi atau garfu dan bakar
dalam oven yg telah dipanaskan.. Bakar selama 10 minit
saja dalam suhu 180C.. macam oven meow kecik jadi meow
guna suhu 150C saja.

5) Bila dah dikeluarkan.. bolehlah disapu dengan tomato paste, inti, cheese dan apa saja yg anda gemari..

6) kemudian bolahlah dibakar lagi dalam selama 15-20 minit

SELAMAT MENCUBA..

NOTA.. : Macam meow kulit pizza yg meow bakar 10 minit tu meow buat frozen senang bila rasa nak makan barulah dikeluarkan..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: PIZZA plakkkk....

Post by Sponsored content Today at 11:06 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum