ANEKA PUDING

View previous topic View next topic Go down

ANEKA PUDING

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 5:08 pm

PUDING KAREMEL.

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )



  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air


Cara-cara



  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 5:14 pm

ada juga puding karemel ngan cari ni..

Bahan-bahan ( sekeluarga )



  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air


Cara-cara



  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 5:17 pm

PUDING TRIFLE

Bahan-bahan ( 5-7 )



  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas


Cara-cara



  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 5:20 pm

PUDING BELANG
sumber dan gambar myresepi.com

Bahan-bahan ( 1 acuan sederhana )



  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning


Cara-cara



  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 5:26 pm

PUDING DE COCO
sumber dan gambar myresepi.com

Bahan-bahan ( 18cm )




  • 150ml santan kotak/tin
  • 120ml susu pekat manis
  • 300ml susu segar
  • 25g gula
  • 2 biji telur
  • beberapa titik esen vanila
  • Karamel
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air



Cara-cara




  1. Sediakan karamel Panaskan air dengan gula sehingga warna perang. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sekejap tapi jangan bagi berbuih.( tak perlu pukul)
  3. Kemudian masukkan santan, susu pekat, susu segar , gula dan esen vanila ke dalam no.2 tadi. Kacau sehingga semuanya sebati

  4. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan loyang tadi ke dalam oven plate. Masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. Bakar dengan suhu 200 degree selama 40-45 minit. Boleh juga dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.

  6. Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 11:09 pm

Laporan masakan.. jengjengjeng...
haaa petang tadi kat2 garib terasa nak wat puding karamel..
inilah hasilnyaaa...


nah amik sepotong.. Laughing

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Mon Feb 25, 2008 9:56 am

PUDING ROTI


Bahan Bahan A

500ml fresh milk
8-10 keping roti


Bahan Bahan B

4 1/2 sudu besar gula kastor/halus
2 sudu besar butter/marjerin
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard


Bahan C

Kismis / buah-buahan kering

CARA-CARA

1) Hancurkan dan koyakkan roti kemudian rendam di dalam susu
selama 1/2 jam

2) Kacau dan gaulkan rata bahan-bahan B.
3) Masukkan kismis atau buahan2 kering dan tuangkan ke dalam loyang
4) Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit.

SOS KASTARD

BAHAN-BAHAN

1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
gula secukupnya
garam secubit
1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-Cara

Panaskan semua bahan dengan api perlahan sampai naik wap dan ketepikan
bila dah sejuk masukkan kedalam peti ais dan bila nak makan puding roti curahkan aje kat atas puding tu


SELAMAT MENCUBA cat

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by meowlin on Mon Feb 25, 2008 9:58 am

PUDING ROTI BERKARAMEL

BAHAN-BAHAN

750ml fresh milk
3 biji telor
2 sudu besar gula kastor/gula halus
8-10 keping roti dikoyak2kan
1 sudu kecil esen vanila

Bahan hiasan
Buah buahan tin/kismis


Bahan karamel

1/2 cawan gula dicampurkan 3 sudu besar air dan dihanguskan

CARA-CARA

1) Gaulkan susu, telur, gula, esen vanila dan roti ke dalam mangkuk
2) Panaskan gula dalam loyang yg ingin anda gunakan sampai kekuningan
3) Panaskan pengukus
4) Masukkan adunan roti dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
5) Kukus selama 30 minit atau sehingga masak di atas api sederhana
6) Angkat dan sejukkan loyang dan bolehlah dimakan dengan sos kastard.

SELAMAT MENCUBA.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ANEKA PUDING

Post by Sponsored content Today at 11:05 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum