Cream Puff

View previous topic View next topic Go down

Cream Puff

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 4:03 pm

meow penah cuba buat resepi cream puff yg meow ambik dari myresepi ni.. tapi meow tak sempat snap gambor.. gambor yg ada pun dari sumber myresepi..kalau kawan2 ada lagi cara2 jomlah leh share ramai2 yaa..



Bahan-bahan ( 10 biji )




  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur



Cara-cara



  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini

  12. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Cream Puff

Post by meowlin on Fri Mar 14, 2008 12:49 am

kali ke dua wat cream puff.. wat 2 kali ganda.. nak balas bekas SIL..

cream puff yg ni baru kuor oven


dah ditaruk inti cream kastard.. yam2

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum