kisah sana sini dimerata dunia..

View previous topic View next topic Go down

kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 1:12 pm

oklah kat sini aku akan taipkan kisah yg berlaku disekeliling dunia.. kalau korang ada kisah2 yg pernah korang baca jomlah share sama2 kat sini yaa.. Wink

JANGAN RASA DIRI/HIDUP KITA YG MENENTUKANNYA..

JEROME irving dianggap sebagai pengasas kepada gerakan mempopular makan berasaskan organik diseluruh dunia. Bagi megembangkan lagi gerakanitu, Jerome menerbitkan majalah organik farming and gardening. Pada 1971, Jerome dijemput untuk menjadi tetamu program Dick Cavett Show, yg disiarkan oleh saluran TV ABC, semasa membincangkan tentang menfaat memakan makan organik, Jerome dengan yakinnya berkata, "Saya akan hidup sehingga berusia 100 tahun, kecuali dilanggar oelh pemandu teksi yg terlebih gula dalam badannya".

Dipertengahan temu bual, Jerome tiba-tiba dilihat terkulai di atas kerusinya, Dia meninggal dunia di situ juga akibat serangan jantung! Rancangan temu bual itu tidak disiarkan utk tontotan umum..

haaa moralnya.. Jangan menidakkan hukum alam dan kuasa Tuhan.. Laughing

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 1:16 pm

Ini ada lagi kisah sadis..

Setiap kali waktu makan, isteri Walter Juergenes, 19 pasti akan memasak telur, lama kelamaan Juergenes menjadi bosan, lalu dia keluar dari rumahnya selama beberapa bulan. Tetapi apabila jurergens pulang semula ke rumahnya pada setember 1990, isterinya Elfreide, 18 menggorengkan lagi beberapa biji telur untuknya, Lelaki itu naik radang , lalu menembak Elfreide, Semasa ditahan kerana disyaki membunuh, Juergens memberitahu polis, "Dulu memang saya suka telur"..


Laaa itu aja jawapan dia.. isk2.. Mad Razz Nauzubillah..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 1:22 pm

Lagii....

Gerald Master Nikolai Gudkov adalah jaguh catur Rusia pada akhir 1980-an dan awal 1990-an. Pada Mac 1992 catur Rusia itu sekali lagi menunjukkan kejaguhannya dengan mengalahkan komputer permainan tersebut sebanyak 3 kali berturut-turut. Lebih mengagumkan, ia dilakukan di hadapan beratus-ratus orang ramai yg berkerumun di sekelilingnya..

Setelah berehat seketika, Gudkov kembali ke kerusinya untuk menumpaskan komputer permainan itu buat keempat. Tetapi sebaik saja dia menyentuh komputer tersebut, berlaku litar pintas, Gudkov terkena renjatan elektrik. Dia segera dikejarkan ke hospital tetapi nyawanya gagal diselamatkan..

Laa Innalillahhi wa in la lilllah hi rojiun..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 1:27 pm

Gejala seks rambang bukan saja merosakkan masyarakat, tetapi boleh menyebabkan nyawa melayang. Itulah yang berlaku pada seorang wanita jalang di Sao Paolo, Brazil, baru-baru ini. Dlam kejadian itu, wanita berkenaan telah mendapatkan khidmat nasihat dari pakar psikatari, Oscar Dominguez dan kemudian menceritakan tentang kehidupan seks rambangnya. Cerita wanita itu terlalu kotor hingga Oscar tidak dapat menerimanya. Lantas beliau mengambil selaras senapa dan .. BAAMMMMMMM!!

Semasa perbicaraan, Oscar memberitahu mahkamah, dia menembak wanita berkenaaan kerana"Saya tak boleh bertolak ansur lagi dengan kes-kes jijik seperti itu"..

Laaaa macam2.. Laughing

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by krepek_pisang on Mon Feb 18, 2008 11:46 am

hahahahah aku rqase cam nak gelak.... hahahahhaha pasal telo pon nak gaduhhh tah pape tahhh cakap je la x nk makan telor dahhh hampeh tol laki ni... mmg x de telo hahahahahahah

krepek_pisang
Moderator
Moderator

Posts : 239
Join date : 2008-02-11

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Mon Feb 18, 2008 11:49 am

kan kepek ntah apa2.. syiannya bini mati kena tembakle pulak..nama pun laki bini.. tak kan tak leh bincang apa daaa.. isk2..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by honeynuyun on Mon Feb 18, 2008 4:06 pm

ya allah,bestnya citer2 ko ni ye meow..seronok duk menghayatinya geek

honeynuyun
Moderator
Moderator

Posts : 102
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Mon Feb 18, 2008 4:08 pm

akakakkaak nuyun.. aku cedok dari majalah daa..nanti2 kalu ada aku taip kat sini utk bacaan korang seme.. Laughing

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by honeynuyun on Tue Feb 19, 2008 3:07 pm

meowlin wrote:akakakkaak nuyun.. aku cedok dari majalah daa..nanti2 kalu ada aku taip kat sini utk bacaan korang seme.. Laughing

kira bereh!! Cool

honeynuyun
Moderator
Moderator

Posts : 102
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Wed Mar 12, 2008 5:47 pm

ni ada lagi.. petikan harian metro AMMAN: tiga lelaki semalam didakwa mengmbunuh seorang anggota wanita keluarga mereka dan teman lelakinya dengan tujuan menebus maruah keluarga.

Abang wanita berusia 19 tahun itu dituduh menembaknya bersama sama teman lelakinya berusia 30 tahun dengan bantuan 2 sepupunya.

Menurut dokumen pertuduhan si abang kemudian menyerah diri kepada polis dan mengaku dia dan sepupunya bertindak demikan untuk mengembalikan maruah keluarga.

Nama mereka yg terbabit dalam kejadian itu tidak didedahkan oleh pihak pendakwaraya kerana ia menjadi amalaman dalam kes pembunuhan membabitkan maruah keluarga.

Kejadian itu berlaku di al_Azraq, sebuah banda padang pasir di timur Jordan.

Tertuduh boleh dihukum penjara 15 tahun jika didapati bersalah. Menurut budaya masyarakat Badwi di bandar berkenaan , Kaum wanita tidak dibenarkan bercakap dengan lelaki asing dan kaum lelaki mempunyai hak mengawal ketat anggota wanita keluarga mereka.

Seperti negara Islam lain, masyarakat jordan menganggap seks tanpa perkahwinan menjejaskan reputasi kekeluargaan.

Di Jordan, purata 20 wanita dibunuh anggota lelaki keluarga mereka meningkat setiap tahun.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Fri Apr 25, 2008 11:48 pm

Pada 25 Februari 1885, Medical & Physical Journal di London melaporkan suatu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yg pada mulanya sihat walafiat, tiba2 mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas 3 bulan berpeluh tanpa henti!!

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by meowlin on Fri Apr 25, 2008 11:51 pm

25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol:

Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelak terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa dilahirkan.

Bagaimanapun, bapa sedara bayi tersebut yg juga seorang doktor , tidak meyakininya. Lantas doktor berkenaan (juga seorang perokok) telah memberikan bantuan pernafasan hingga akhirnya bayi tadi bernafas semula.

Bayi lelaki yg berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberi nama Pablo Picasso, Yg apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: kisah sana sini dimerata dunia..

Post by Sponsored content Today at 5:38 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum