Chelsea gagal manfaatkan peluang tempat sendiri

View previous topic View next topic Go down

Chelsea gagal manfaatkan peluang tempat sendiri

Post by medangtamang on Mon Feb 11, 2008 9:57 am

LONDON Chelsea mensia-siakan peluang untuk kembali mencabar kejuaraan bola sepak Liga Perdana England apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Liverpool pada perlawanan yang agak membosankan, semalam.

Chelsea dilihat merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang pendahulu, Arsenal dan satu mata di belakang Manchester United, jika menang di Stamford Bridge.

Namun begitu, permainan Liverpool yang lebih baik dengan pertahanannya yang mantap menafikan hasrat pasukan The Blues untuk mengutip tiga mata penuh.

Malah, Liverpool sepatutnya mampu membawa pulang tiga mata dari gelanggang lawan sekiranya penyerang England, Peter Crouch berjaya menyudahkan banyak peluang yang terhidang.

Crouch sebaliknya membuang banyak peluang keemasan untuk meninggalkan Liverpool sekadar berpuas hati dengan satu mata.

Keputusan seri terbaru ini semakin menyempitkan harapan Liverpool untuk mencabar gelaran liga apabila hanya menduduki tangga kelima, 20 mata di belakang Arsenal.

Meskipun seri merupakan keputusan yang mengecewakan buat Chelsea, namun satu-satunya yang menggembirakan mereka semalam adalah mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri kepada 76 perlawanan.

Tanpa bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres, Liverpool meletakkan Crouch mengetuai jentera serangan bersama penyerang Belanda, Dirk Kuyt, namun gandingan dua pemain ini nyata kurang berbisa.

AFP

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum