karipap OO karipap

View previous topic View next topic Go down

karipap OO karipap

Post by meowlin on Sat Feb 16, 2008 9:40 pm

Korang seme jom share resepi karipap memasing tak kira yg pusing ke tak pusing ke.. ni meow nak share resepi MIL meow, intinya terpulanglah kepada korang..macam meow lebih suka kepada inti daging pedas2 ngan kentang.. resepi ni juga meow cedok sedikit2 dari cari.com

Karipap Pusing.


Bahan Kulit A
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam dan secubit garam

Bahan kulit B
1 1/2 cawan tepung gandum
marjerin secukupnya..agak2 boleh sebatikan dengan tepung hingga menjadi doh.

Cara-Cara
1. uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada beberapa bebola kecil. Ketepikan.

2. ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada beberapa bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.
Buat kesemua bebola sehingga habis.


5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBAAA..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: karipap OO karipap

Post by meowlin on Tue Feb 19, 2008 7:16 pm

KARIPAP DAGING

Inti daging
Bahan-bahan:


  • 3 biji kentang dipotong dadu.
  • 200g daging cincang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 5 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
  • 1 sudu besar udang kering-ditumbuk
  • Setangkai daun sup }dihiris
  • Sedikit gula & garam


Cara membuat inti:


  • Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
  • Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Sebelum diangkat masukkan daun sup.

Bahan-bahan untuk pastri:


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar majerin
  • air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan atau secukupnya
  • secubit garam masukkan ke dalam air



Cara membuat kulit karipap:


  • Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
  • Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.
  • Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum