‘Isteri saya dihasut bomoh’

View previous topic View next topic Go down

‘Isteri saya dihasut bomoh’

Post by medangtamang on Sat Feb 16, 2008 12:35 pm



Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my.
JOHOR BAHRU: Seorang suami terkilan dengan isterinya yang mendakwa kononnya dia memaksa wanita itu menjual tubuh dan nyaris menjual cahaya mata mereka semata-mata kerana ingin mendapatkan wang mudah bagi membeli dadah.

Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, kehidupannya tidak tenteram apabila ditinggal isterinya kira-kira sebulan lalu dan sehingga kini masih tidak bekerja semata-mata bagi mengesan wanita serta dua cahaya matanya.

Dia berkata, lebih mengejutkan apabila isterinya yang berusia 21 tahun juga sanggup menyebarkan dakwaan palsu menerusi laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa dia suami ‘syaitan’ dan durjana membuatnya tertekan.

Menurutnya, dia dan isteri berpindah dari Banting, Selangor ke Johor untuk mencari pekerjaan baru di sini, mula berselisih faham selepas tinggal berjiran dengan seorang pengamal perubatan tradisional di Ulu Tiram.


Katanya, pengamal perubatan tradisional itu meminta bantuannya dan isteri bagi menjaga seorang kanak-kanak kurang upaya dan berjanji membayar upah RM800 sebulan.


“Kami menghadapi kesulitan menjaga kanak-kanak itu dan akhirnya mengambil keputusan menyerahnya semula kepada lelaki berusia 40-an itu.

“Suasana itu menimbul rasa tidak puas hati lelaki itu sebelum menghasut isteri menghalau saya dari kediaman dengan alasan saya bukan seorang suami bertanggungjawab.

“Biarpun saya beberapa kali ingin bertemu dengan isteri dan anak selepas kejadian, hasrat saya tidak kesampaian apabila diugut dan dibelasah beberapa lelaki tidak dikenali, “ katanya kepada Harian Metro (HM), semalam.

Dia berkata, sekiranya dakwaan isterinya dia penagih dadah benar, dia tidak mungkin mengesan wanita itu dan anak berusia dua dan setahun.

Dia merayu kepada isterinya supaya pulang demi masa depan anak dan keluarganya selain bimbang kehidupan wanita itu terjerumus kerana hasutan pengamal perubatan tradisional itu.

Menurutnya, dia yakin mampu menjalani kehidupan bahagia bersama isteri dan anaknya seperti sebelumnya kerana menerima tawaran bekerja di beberapa syarikat.

Katanya, dia ingin menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak yang salah anggap kerana selama ini tidak pernah menzalimi isteri dan melepaskan tanggungjawab sebagai suami.

“Kami yang tidak mendaftarkan perkahwinan berikutan mendirikan rumah tangga ketika isteri masih bawah umur juga gagal mendaftar kelahiran kedua-dua kanak-kanak berikutan ketika itu sibuk menguruskan keluarga yang berpindah beberapa kali ke Banting dan Johor di atas permintaan isteri sendiri.

“Saya juga mempunyai bukti laporan pemeriksaan perubatan yang menunjukkan saya bukan penagih,“ katanya.

Sebelum ini, isterinya mendakwa lelaki itu sanggup memaksanya menjual tubuh dan juga mahu menjual anaknya kerana mahu mendapatkan wang mudah untuk membeli dadah.

Lelaki itu didakwa memaksa isterinya, seorang pengawal keselamatan, supaya menjual kehormatan diri selepas dia terputus bekalan dadah.

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: ‘Isteri saya dihasut bomoh’

Post by meowlin on Sat Feb 16, 2008 4:56 pm

uweee tak apa nak jadi ngan donia sekarang dah.. silent

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ‘Isteri saya dihasut bomoh’

Post by firdaruddin on Thu Mar 27, 2008 10:48 am

mana satu yg betul nih?wallahualam.

firdaruddin
Moderator
Moderator

Posts : 151
Join date : 2008-03-27

View user profile

Back to top Go down

Re: ‘Isteri saya dihasut bomoh’

Post by Sponsored content Today at 5:36 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum