Pelakon Berang

View previous topic View next topic Go down

Pelakon Berang

Post by medangtamang on Sat Feb 16, 2008 12:01 pm

Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pelakon jelita, Rita Rudaini didakwa berang dengan tindakan sebuah syarikat penerbitan filem kerana mendedahkan tindakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kepada media.

Seorang kakitangan produksi filem Kantoi berkata, pelakon itu menghubunginya pagi semalam sambil marah-marah dan memberitahu perkara itu tidak seharusnya diperbesarkan.

“Dia berkata, kenapa perlu kecoh kepada media dan jika mahu saman, samanlah kerana dia tidak bersalah,” kata penerbit filem Kantoi, Mohd Azahar Mohd Nor.

Semalam, akhbar ini melaporkan Rita bakal diheret ke mahkamah selepas pelakon itu didakwa mungkir janji dan melanggar syarat kontrak.


Penerbit filem itu mendakwa pelakon berkenaan sudah menandatangani perjanjian dengan syarikatnya untuk berlakon dalam filem terbitan syarikat dan sudah menerima bayaran pendahuluan.


Bagaimanapun, pelakon terbabit didakwa gagal mengikut jadual penggambaran ditetapkan syarikat selain gagal memberi alasan kukuh mengenai kegagalannya mematuhi syarat kontrak dipersetujui.

Berikutan keadaan itu, syarikat berkenaan bercadang mengambil tindakan undang-undang bersesuaian berdasarkan terma kontrak perjanjian ditandatangani pelakon berkenaan.

Syarikat itu mendakwa tindakan Rita menyebabkan pihaknya menghadapi masalah memulakan penggambaran kerana terpaksa mencari pelakon wanita lain sebagai gantian.

Sebelum ini, pelakon berasal dari Perlis itu didakwa ditawarkan dan bersetuju membintangi filem ‘Kantoi’ terbitan Orbit Mediasari Sdn Bhd dengan usahasama Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd dan Alvien Daniel Production.

Filem arahan Ahmad Ibrahim atau Mat London itu memulakan penggambaran Januari lalu di sekitar Lembah Klang dan Pantai Senok serta Pantai Kemayan di Bachok, Kelantan yang turut membariskan Yassin, Fazura dan Rozita Che Wan sebagai teraju utama.

Mohd Azahar berkata, pihaknya masih dengan keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu dan segala dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada peguam syarikat untuk tindakan lanjut.

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by honeynuyun on Sat Feb 16, 2008 1:52 pm

mcm2 lah karenah artis ni ye.. confused

dulu minat gak ngan rita ni..masa mula2 tgk citer raffelesia..pastu dah kurang minat dah bilah kes dia gaduh ari tu..hampeh!! Evil or Very Mad

honeynuyun
Moderator
Moderator

Posts : 102
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by PeAh on Sat Feb 16, 2008 4:19 pm

erk.... skrg pe2 pun trus saman saman jer ek... x yah bncg2 pun x pe..... Shocked

PeAh
Moderator
Moderator

Posts : 246
Join date : 2008-02-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by meowlin on Sat Feb 16, 2008 5:53 pm

aku memang tak minat ngan artis msia ni.. kalu berlakon kan main jadi watak baikle alim le.. kat luor.. perangai cam *(**^...

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by nashra on Fri Feb 29, 2008 8:53 pm

hehehehe..meow..

sapa sangka meow..

erra tu pun nash suka gak tengok dia sebab nampak lembut je, sopan dan baik gitu..

lepas keluar kisah dia dgn hans, detail plak tu..hmmm..

dah rasa kurang plak..

walau secantik mana pun dia dah rasa lain lepas keluar kisah tu..

dedulu masa kecoh gosip dia dgn yusri kru tu nash tak amik pusing lagi..

pasal rita ni memang dia jenis kaki gaduh agaknya..hehehe..tak padan dgn lembut dan ayu..

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by meowlin on Wed Mar 12, 2008 5:56 pm

kuang2 nash.. nama pun pelakun.. mesti pandai berlakun.. ehehe Laughing

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by skymania on Sun Apr 06, 2008 4:54 am

besa la.. dah name plakon...
dgr citer die dah kawen kat siam...
btol ke???.. heheheh.. saje nak speku... Very Happy

skymania

Posts : 32
Join date : 2008-04-05
Location : ade la...

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelakon Berang

Post by Sponsored content Today at 11:07 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum