Jangan anggap negatif – Hans Isaac

View previous topic View next topic Go down

Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by medangtamang on Mon Feb 11, 2008 9:46 am

Bersama:NIEZAM ABDULLAH
FILEM Cuci arahan Hans Isaac sehingga Selasa lalu telah mencecah kutipan kira- kira RM1.9 juta. Ia mula ditayangkan kepada umum bermula 24 Januari lalu. Kutipan itu bagi Hans berada pada tahap sederhana. Dia mengharapkan filem tersebut sepatutnya mendapat kutipan yang lebih besar.

Tanpa mahu menyebut modal menerbitkan filem berkenaan, kata Hans, dia berpuas hati dengan kerjasama beberapa pelakon antaranya Awie, Afdlin Shauki dan AC Mizal mempromosikan filem tersebut.

“Kami telah menjelajah beberapa tempat untuk melakukan promosi dan sambutan yang diberikan orang ramai amat menggalakkan,” kata Hans ketika saya hubungi beliau Rabu lalu.

Bagaimanapun di sebalik aktiviti promosi atau road tour yang dilakukan itu, ada pihak yang kurang senang apabila isu “bermadu” cuba dijadikan bahan oleh mereka untuk menghiburkan peminat.

Dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini, Awie dan Hans yang pernah bahagia dan kecewa ketika bercinta dengan pelakon Erra Fazira secara berjenaka menyebut nasib mereka sama iaitu hidup bermadu.

Lawak itu bagi sesetengah peminat agak melampau kerana cuba mengaitkan perkara yang sudah berlalu sedangkan Erra Fazira mempunyai keluarganya sendiri.

Malah ada yang berkata, ia taktik mereka untuk memastikan filem berkenaan yang turut dibintangi Erra Fazira dan Umie Aida itu ditonton oleh orang ramai.

“Janganlah terlalu berfikiran sempit dan mengambil serius perkara remeh itu,” tambah Hans. Saya meminta beliau tolong jawab perkara itu.

Adakah berbaloi menerbitkan Cuci apabila kutipan mencecah kira-kira RM1.9 juta?

Bagi saya, jumlah itu satu kutipan yang bagus. Bagaimanapun sebagai orang filem, tentulah kita mengharapkan jumlahnya bertambah walaupun mengikut syarat wajib tayang, hari ini (6 Februari) hari terakhir tayangannya. Tetapi kalau ada sambutan, panggung akan menambahkan lagi waktu tayangan.

Ada apa yang anda hendak komen tentang filem itu?

Setakat ini saya berpuas hati dengan komitmen semua dan sambutan orang ramai. Cuma yang saya sedih, berdasarkan kepada pengamatan saya, beberapa buah panggung penuh. Tapi saya dapat laporan daripada pemilik panggung orang tidak ramai. Itu yang membuatkan saya keliru.

Ada sabotaj ataupun masalah lain yang menyebabkan perkara itu berlaku?

Itu saya tak tahu tetapi saya sudah berbincang dengan pihak yang berkenaan. Saya berharap satu siasatan dapat dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku ini.

Bagaimana dengan promosi filem itu? Puas hati?

Kalau nak dilihat dari segi kerja-kerja promosi yang dilakukan, nampaknya matlamat untuk kami sampaikan kepada masyarakat mengenai kehadiran filem ini tercapai. Di mana-mana orang akan sebut Cuci. Maknanya ia sampai kepada umum. Begitu juga dengan siri jelajah di beberapa tempat yang dilakukan. Sambutan menggalakkan sekali. Terima kasih juga kepada pihak media yang turut memberi publisiti.

Bagaimana dengan kerjasama semua pelakon?

Mereka memberi komitmen yang baik. Tak perlu kita hendak suruh. Mereka tahu menjalankan kerja mereka untuk melihat kejayaan filem ini.

Tetapi Erra Fazira dan kawan baiknya Umie Aida tak menyertai promosi sampai sudah. Anda tidak kecewa?

Saya puas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua pelakon. Kepada yang tidak mahu turut serta, saya tidak boleh hendak kata apa-apa. Saya juga tidak kecewa kerana Awie, AC Mizal, Afdlin dan pelakon lain memberi kerjasama yang baik. Kami boleh ketawa lagi semasa promosi dan boleh ejek-mengejek antara satu sama lain. Saya ‘happy’!

Tapi salah satu siri jelajah Cuci mendapat reaksi kurang senang pihak tertentu. Kononnya isu `bermadu’ cuba dijadikan bahan lawak oleh Awie dan Afdlin Shauki.

Ia bukan satu masalah kerana perkara itu terjadi secara spontan. Saya cuba membawa penonton untuk ketawa apabila melihat promosi kami. Untuk menghidupkan suasana, Awie dan Afdlin tanya kenapa saya tak kahwin lagi. Takkan hendak tanya bila Cuci nak keluar?

Tetapi kenapa sebut bermadu. Tak ada cara lain?

Ia satu soalan kelakar Awie kepada saya. Terpulanglah kepada Awie hendak sebut perkara itu. Saya pun tidak jangka. Ia berlaku secara spontan. Terpulanglah kepada orang ramai hendak buat persepsi kerana saya tidak merasakan ini sebagai menyinggung sensitiviti pihak tertentu. Lagipun kalau hendak diikutkan, apa yang diperkatakan itu benda yang betul. Semua orang akui perkara itu. Kami bukannya hendak jadi artis yang buat promosi baik-baik. Hendak cakap elok-elok, “Datanglah tengok promosi filem kami... datanglah.’’ Bukan macam itu.

Tapi ada orang tidak puas hati dan menganggap ia sengaja hendak mempersendakan Erra?

Lawak itu datangnya daripada Awie dan Afdlin. Seperti yang saya katakan ia secara spontan dan kami menganggap ini gurauan. Tidak timbul soal puas hati atau tidak kerana pada waktu itu ramai yang ketawa. Yang tak ketawa mungkin ada seorang dua. Jumlah itu tidak mewakili keseluruhan yang menyaksikan promosi itu. Kalau kita hendak tanya, tanyalah kepada orang yang bersorak. Mereka tentu memberi komen positif.

Adakah ini dijadikan strategi untuk hangatkan Cuci?

Tidak. Tidak sama sekali. Kepada saya, ini isu kecil. Kami ketawa terbahak-bahak kerana ia bahan gurauan. Buat apa benda macam itu pun hendak sensitif. Macam budak kecillah.

Anda tidak merasakan sesuatu yang negatif apabila dikaitkan dengan perkara seperti ini?

Kalau boleh saya tidak mahu isu ini menjadi besar kerana ia tidak ada apa-apa pun. Saya gembira dengan filem saya. Kalau boleh saya hendak berseronok dengan produk baru saya ini. Saya tidak suka untuk memberi komen perkara yang saya anggap tidak memberi apa-apa faedah.

Secara jujurnya anda merasakan hidup anda sekarang bahagia atau tidak?

Saya gembira tidak terkata. Dan saya juga akui sebagai manusia kita bukannya sempurna dan sentiasa buat kesilapan. Yang pasti Tuhan telah menunjukkan saya jalan dan saya begitu gembira sangat pada hari ini. Saya berharap selepas ini peminat tidak mengaitkan saya dengan perkara yang difikirkan tidak perlu lagi.

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by krepek_pisang on Mon Feb 11, 2008 7:10 pm

sape dah tgk cite ni??? huhuhuh aku kalau ade si afdlin ni kire boleh tgk gak arr... tp rase cam nak tgu astro kuar je heheheheheh

kowang dah tgk kee?? amacam?? best x??? tgk the making cam ok jee ala2 leh layan jeee......

krepek_pisang
Moderator
Moderator

Posts : 239
Join date : 2008-02-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by medangtamang on Tue Feb 12, 2008 8:05 am

BEST!! mmg best!! tak rugi bayar RM11 untuk tgk ni!! satu panggung dok gelak ketawa!! not bad laa pandai gak si Hanss ni direct citer lawak! hehe!!

better tgk laaa!! kalu tunggu astro mau next year bru kuar kot? kot laa!! hehehe!

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Tue Feb 12, 2008 12:13 pm

ekekekekeekekekek... fan no 1 hans sulah mali.. rabbit

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by medangtamang on Tue Feb 12, 2008 4:26 pm

ehh... tolong sket... Hanss tu yg minat kat aku tau! Pasal aku ni lebih sket HENSEM dari dia... heheheh!!

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Tue Feb 12, 2008 11:42 pm

Rolling Eyes cyclops silent bounce Basketball bom albino

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by berry on Sun Feb 17, 2008 7:32 am

tggu kuar kat tv jela..hehe..

berry

Posts : 34
Join date : 2008-02-17

View user profile

Back to top Go down

mari2..tgk...

Post by anislats on Sun Feb 17, 2008 11:06 am

ish..ruginye nak tunggu kat tv..cite nih mmg best giler... Very Happy saya rasa, saya ketawa paling kuat kat pawagam. lawak dia bukan lah lawak loyar buruk macam senario tuh... one of the best malay comedy. saya rasa, lagi best dari buli balik. bukan nak promote, tapi kalo cite tuh ade kualiti, ape salahnye kite support industri malaysia kite. saya pun sbnarnye jarang tgk cite melayu, tapi cite nih, tak rugi tgk....bak kate org...ade kelas...Razz

anislats

Posts : 2
Join date : 2008-02-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Sun Feb 17, 2008 1:36 pm

aku pun rasa nak gak tengok cuci.. tapi itule asbenku ni susah sket teutama kalu citer melayu.. kalu nak tengok pun dia lebih suka beli cd aje..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by nashra on Tue Feb 19, 2008 9:58 pm

kalau cam ni nash tunggu cd/dvd keluar baru boleh tengok..

meowlin, nash rasa tak ramai kot lelaki suka nak melayan movie melayu ni kan..? org pompuan rajin la..

tapi kalau beli cd/dvd nonton kat rumah tu kekadang sambil membaca husband layankan juga..

ada afdlin tu cam best gak kan..hhehehe

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Tue Feb 19, 2008 10:03 pm

nash betul tu.. kot2 ramai pompan yg suka sebab hans tu ensem kot kan.. kalu ada lelaki melayu pun tak ramai kot..

aflin tu memang kelakor tapi cara jokes aflin tu kan hanya org2 tertentu dan org2 yg agak educated cepat tangkap.. macam omak aku tak paham.. contoh penah dia wat sitkom apa tah ngan haris iskandar dulu.. omak aku tetap tak bapa paham..ekekekekek..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by nashra on Tue Feb 19, 2008 11:54 pm

hehehehe...

pernah tengok wife afdlin tak?

dia model kan?

nash tak pernah tengok tapi pernah dengar org cerita..gitu la..

hans tu selagi dia tak kawen jadi pojaan awek2 melayu semalaya la gamaknya..tambah2 lepas kes dia dgn erra tu kan..

lagi la awek2 kesian dan simpati..

nash pernah terbaca blog hans (amik link dari bod gossip cari) ramai la org post bagi semangat kat dia..rata2 awek ler..

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Wed Feb 20, 2008 12:22 am

rasa penah tengok wife aflin ni.. org sabah atau sarawak kot.. tapi rasanya bukan model kot sebab badan dia pun besar cam aflin.. rasanya laa.. tapi memang cantik wife dia.. cristina ke apa tah nama dia..

hahahah ialah ramai konon bersimpati ngan hans ni lepas kes erra tu.. haa nash..cubalah muka hans ni cam osman kering agak2 ramai tak yg bersimpati.. tongue

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by honeynuyun on Wed Feb 20, 2008 2:10 pm

napelah aku tak minat ngan hans ni...erm.. silent

honeynuyun
Moderator
Moderator

Posts : 102
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Wed Feb 20, 2008 4:33 pm

nuyun aku pun nak kata minat tak minat.. nak kata tak suka pun oklah juga.. tak adalaa benci...

artis kat msia ni.. memang aku kurang sket.. bukan nak puja artis barat.. tapi kat sana kalu berlakun profesional dan tak adalah kekwat cam artis msia.. kalu ada yg kekwat kat sana pun derang kan duit berjuta.. setakat artis msia ni ciput aje.. tapi berlagak nak mampus.. tapi tak le seme artis msia berlagak kan.. cuma kurang laa minat... berlakun tak seberapa..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by nashra on Wed Feb 20, 2008 8:57 pm

meowlin wrote:rasa penah tengok wife aflin ni.. org sabah atau sarawak kot.. tapi rasanya bukan model kot sebab badan dia pun besar cam aflin.. rasanya laa.. tapi memang cantik wife dia.. cristina ke apa tah nama dia..

hahahah ialah ramai konon bersimpati ngan hans ni lepas kes erra tu.. haa nash..cubalah muka hans ni cam osman kering agak2 ramai tak yg bersimpati.. tongue

dedulu wife dia model tak silap..tu yang dok dengar2 la..now dah bersara la kot..kalau kat hollywood mesti dia join big size model..hehehe

muka cam osman kering? kalau kaya raya awek sure rempit gak kot..hehehe

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by nashra on Wed Feb 20, 2008 8:59 pm

cakap pasal minat ni nash sekadar suka nonton lakonan diaorg je..

minat sampai nak minta autograph ke, tido mlm ngigau ke tak la sampai ke situ..not that fanatic..

memang lucu kalau tengok peminat fanatic sampai jerit2 kalau nampak artis..seram plak..

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Thu Feb 21, 2008 9:34 am

ha ah kan nash.. derang pun manusia cam kita gaks... haku kalu terjumpa tu.. maw gak bergambor tapi bak kata ko laa tak adalah sampai tak lena tidor dan sampai temimpi2.. Razz

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by skymania on Sun Apr 06, 2008 5:31 am

aku tak penah tgk wayang citer melayu...
takut rugi la...buat aku sakit hati jer...
tp kalu ade orng blanje aku pi la tgk...
heheheeheheh Very Happy

skymania

Posts : 32
Join date : 2008-04-05
Location : ade la...

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Sun Apr 06, 2008 3:20 pm

sky haku laki mini pun sama.. masa bercenta dulu pun org belanja tengok citer melayu nih.. apa tu citer sembilu sembelit tu.. pehtu citer senario masa si yassin tu ada.. adik angkat belanja kami.. terbahak2 haku kat panggung cam org gila ketawa ..
kami pun sama cam ko.. takut rugi aje.. kat media/tv bagi komen bestlaa apalaa.. tapi bila nengok aduhhh...

paling kami geram tengok citer mat salleh dulu ntah bapa tahun lepas citer "time machine" tu.. tengok gazet lam tv kan main.. bila tengok hampeh..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by firdaruddin on Tue Apr 08, 2008 12:27 pm

nasib baik la ,x minat sgt pada citer melayu...citer2 tertentu jer...

firdaruddin
Moderator
Moderator

Posts : 151
Join date : 2008-03-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by nashra on Tue Apr 08, 2008 9:43 pm

meowlin wrote:ha ah kan nash.. derang pun manusia cam kita gaks... haku kalu terjumpa tu.. maw gak bergambor tapi bak kata ko laa tak adalah sampai tak lena tidor dan sampai temimpi2.. Razz

hehehehe..

now hans dah ada gf baru kan?

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Wed Apr 09, 2008 12:46 am

ada kot nash.. tapikan si hans ni kejap dulu ngan fasha sanda tu.. pehtu ngan foziah latip tu.. pehtu ngan org lain plak.. ntahlee..
umur dia pun dah meningkat.. hai sapalaa agaknya kan gf dia sekarang nih..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by nashra on Wed Apr 09, 2008 10:19 pm

meowlin wrote:ada kot nash.. tapikan si hans ni kejap dulu ngan fasha sanda tu.. pehtu ngan foziah latip tu.. pehtu ngan org lain plak.. ntahlee..
umur dia pun dah meningkat.. hai sapalaa agaknya kan gf dia sekarang nih..

nash ada buka kat gosip kisah gf baru hans ni..

dah baca lom?

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by meowlin on Fri Apr 11, 2008 10:09 am

nash dah masuk daa.. Very Happy

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jangan anggap negatif – Hans Isaac

Post by Sponsored content Today at 11:05 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum