Kanak-kanak lemas ketika menjala ikan

View previous topic View next topic Go down

Kanak-kanak lemas ketika menjala ikan

Post by medangtamang on Mon Feb 11, 2008 9:27 am

SUNGAI BULOH 10 Feb. - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui mati lemas dengan badannya berbelit jala ikan di kolam tadahan air Seri Pristana, Saujana Utama dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, apabila Mohd. Ikbal Yunus Shamsul Kamal, dipercayai tergelincir ke dalam kolam itu sewaktu menjala ikan bersama rakannya berusia sembilan tahun.

Difahamkan rakannya cuba menyelamatkannya dengan menarik tangan tetapi terlepas dan mangsa tenggelam.

Beberapa orang penduduk di kawasan tersebut yang menyedari kejadian itu segera terjun ke kolam sedalam 1.2 meter itu dan berjaya mengeluarkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ibrahim Chin memberitahu, ketika itu mangsa yang juga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, masih lagi bernafas.

Bagaimanapun jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika Unit Paramedik Hospital Sungai Buloh cuba memberikan bantuan kecemasan yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

"Mayat mangsa kemudiannya terus dibawa pulang ke rumahnya untuk disempurnakan kerana disahkan meninggal dunia akibat mati lemas dan tiada unsur-unsur jenayah.

"Justeru, tidak ada bedah siasat dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Noryanti Saad, 32, menjelaskan ketika kejadian, beliau bersama suami, Shamsul Kamal Abdullah, 36, dan dua lagi anak mereka baru sahaja pulang dari Hospital Sungai Buloh.

Katanya, beliau terkejut apabila seorang jiran memberitahu anaknya terjatuh ke dalam kolam itu kerana sebelum ini sudah banyak kali dilarang bermain di situ kerana kawasan tersebut tidak berpagar.

"Setahu saya, arwah tidak pernah pergi ke situ, tetapi mungkin sudah ajalnya. Saya terima dugaan ini dengan reda, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Rose, Seri Pristana.

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Kanak-kanak lemas ketika menjala ikan

Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 11:58 pm

menda dah nak berlaku.. begitule jadinya.. uwaaa..
pelikkan tak penah2 budak tu pegi situ. tapi ari dia nak pergi selamanya leh tergerak hati nak pergi tu.. Crying or Very sad

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Kanak-kanak lemas ketika menjala ikan

Post by medangtamang on Tue Feb 12, 2008 7:34 am

dah takdir laa meow!! aper nk wat? tawakkal jerk laa...!! :-I

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Kanak-kanak lemas ketika menjala ikan

Post by Sponsored content Today at 4:02 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum