LAUK PAUK MALAYSIA..

View previous topic View next topic Go down

LAUK PAUK MALAYSIA..

Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:20 pm

Tumis Asam Ikan Talapia

Bahan-bahan ( 2 orang )


  • 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng

  • secekak daun kesum

  • 1/2 mangkuk air asam jawa

  • 2 biji tomato sedang - dibelah 2

  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

  • minyak utk menggoreng

  • Bahan2 Kisar

  • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)

  • 4-5 ulas bawang merah

  • 2-3 ulas bawang putih




Cara-cara

  1. Sediakan periuk dan panaskan minyak.. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing

  2. Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda)

  3. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

  4. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.. SELAMAT MENCUBA


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN TALAPIA

Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:23 pm

sori gambor blurr sket.. nak guna ikan patin lagi sodap..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 ekor ikan talapia sederhana besar dikerat2..

  • 1 inci kunyit hidup~~

  • 1 ulas bawang putih~~

  • 2 senduk sedang tempoyak~~

  • segenggam cilipadi(bergantung atas kepedasan masing2)~~

  • 1 batang timun cina dibuang kulit dan dibuang biji dan dibelah2

  • segenggam daun kesum

  • 1 litter air.. bergantung kalu nak kuah pekat kurang atau lebihkan air

    garam, gula & serbuk perasa secukupnya


    Cara-cara


    1. Semua bahan2 yang bertanda ~~ dikisar sampai halus dengan sedikit air.

    2. Masukkan bahan2 yg telah dikisar kedalam periuk bersama air dan jerang diatas api sederhana. Tunggu dalam 2 minit kemudian masukkan daun kesum.

    3. bila baru2 nak mendidih masukkan ikan dan timun yg telah dibelah2 tadi. Tunggu sehingga ikan hampir masak dan masukkan garam, gula dan perasa. Biarkan sampai masak dan tutup api.

    4. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.. nyam nyam.. SELAMAT MENCUBA


  • meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Ikan lampan besambal taucu

    Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:25 pm


    Bahan-bahan ( 2 orang )


    • 1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng)

    • 2 sudu besar taucu masin - dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit

    • minyak utk menumis

    • gula dan serbuk perasa secukupnya.

    • Bahan ditumbuk halus

    • 1 genggam lada api

    • 1 inci kunyit hidup

    • Bahan ditumbuk kasar

    • 3-4 ulas bawang merah

    • 1-2 ulas bawang putih

    • Bahan dihiris halus

    • 1 inci halia

    • 1 keping asam gelugor
    Cara-cara



    1. sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus.
    2. Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api
    3. Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas..



    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Lemak tempoyak Ikan Haruan

    Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:28 pm

    sumber dan gambar-myresepi.com


    Boleh guna apa2 ikan pun..

    Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 5 - 6 keping potongan ikan haruan

  • 10 biji belimbing buluh, dibelah 2

  • 1/2 cawan isi petai (boleh tambah jika suka)

  • 1 biji kelapa, diparut

  • 3 batang serai, dititik

  • 1 camca besar tempoyak

  • 30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan masing2)

  • 2 inci kunyit hidup

    1 camca teh garam kasar



    Cara-cara


    1. Cuci bersih ikan haruan dgn asam limau dan garam, dan perap dgn sedikit garam dan kunyit (kurang lebih 30 minit). Panggang hingga sedikit garing. Boleh guna oven atau dipanggang atas bara api (atas bara api lagi sodapppp...)

    2.Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dgn bahan2 tumbuk hingga rata. Ketepikan.

    3.Tuang satu cawan air dan ramas kelapa parut. Perah santan pertama dalam satu bekas. Tuang lagi 2 cawan air dan ramas. Perah dalam bekas lain utk santan no. 2.

    4.Dalam periuk, satukan bahan2 tumbuk, santan no.2 dan serai yg dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan ikan haruan panggang tadi.

    5.Bila mendidih, masukkan petai dan biar 1 - 2 minit. Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau perlahan dan gunakan api sederhana saja.


    1. 6.Akhir sekali tuang santan pekat. Biar mendidih 2 - 3 minit, sambil dikacau perlahan. Rasa kuahnya kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam.



  • meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    ASAM PEDAS AYAM

    Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:30 pm

    Sumber dan gambar-myresepi.com


    Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 600 g ayam
  • 5 kelopak sawi jeruk
  • 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
  • 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
  • 1 cawan cili kisar
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji buah keras
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Garam dan gula secukup rasa



  • Cara-cara


    1. Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.

    2. Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar.
    3. Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
    4. Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    IKAN GORENG TEMPOYAK

    Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:32 pm

    sumber dan gambar-myresepi.com


    Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

    • 4 ekor ikan kembong hijau
    • 2 batang serai, dititik
    • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
    • 1 biji bawang besar, dihiris kasar
    • 7 biji belimbing buluh, dibelah dua setiap biji
    • 1/2 cawan isi petai, dipotong dua
    • 1 biji limau kasturi, diperah jusnya
    • Garam dan gula secukup rasa
    • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
    • 25 biji cili padi
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 camca besar tempoyak
    • 1 inci kunyit hidup

      Cara-cara





    1. Siang dan bersihkan ikan. Lumur dgn sedikit garam dan kunyit kemudian goreng embal2 (jgn terlampau garing). Ketepikan.

    2. Antara bahan2 lain yg diperlukan utk resipi ini....

    3. Panaskan minyak kurang lebih 3 camca besar, tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Gunakan api sederhana. Bila sudah pecah minyak, masukkan petai. Gaul rata dan masukkan 1 cawan air. Biar mendidih.

    4. Kemudian masukkan bahan2 lain kecuali ikan dan perasakan dgn garam dan sedikit gula. Tuang jus limau kasturi tadi. Kacau hingga mesra.

    5. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan gaul hingga kuah dan bahan2 lain menyelaputi ikan. Masak dalam seminit dua hingga kuah pekat. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi hangat....

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:33 pm

    Ayam Masak Merah
    sumber dan gambar-myresepi.com

    Bahan-bahan ( 4 org makan )




    • 1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
    • rempah tumis - 4 sekawan
    • 3 sudu besar cili kering/ cili boh
    • 1 tin kecil tomato puree
    • 1 cawan tomato sos
    • 5 sudu besar madu
    • 5 cm halia - dimayang
    • 6-8 ulas bawang putih - dimayang
    • 10 ulas bawang merah - dimayang
    • 4 labu bawang besar - dihiris bulat
    • 1/2 cawan susu cair


    Cara-cara




    1. Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.
    2. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
    3. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.
    4. Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka.
    5. Selamat mencuba. Guten apetit !

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by medangtamang on Tue Feb 12, 2008 8:11 am

    waaaa!! ko wat aku lapar laa pepagi ni...!!!

    _________________
    Be My ValenTine?

    medangtamang
    Moderator
    Moderator

    Posts : 188
    Join date : 2008-02-11
    Location : Ada laaa...

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Tue Feb 12, 2008 10:08 am

    weh makanle porum ni.. jangan memalu..ekekekeke

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Tue Feb 19, 2008 10:30 pm

    ok, pada yang suka lauk ayam nash nak kongsi resipi simple dan mudah je..org bujang pun leh buat..hehehehe

    AYAM BAKAR MAYONAISSE

    bahan2:

    ayam, fillet atau bertulang (thigh lagi sedap), thawed and potong sederhana besar (ikut suka)

    serbuk kari ayam (ikut banyak mana daging ayam, boleh agak2)

    serbuk lada

    serbuk kunyit

    mayonaisse (kalau yang diet tu guna la mayonaisse light)

    garam (ikut suka)

    daun ketumbar (diracik2 halus, kalau suka)


    CARA MEMBUAT

    gaul kesemua bahan tersebut bersama daging ayam sehingga rata dan sebati.

    perap daging ayam yang telah digaul dgn bahan2 rempah selama setengah jam (nak cepat pun boleh, ikut suka juga)

    susun daging ayam yang telah diperap atas tray pembakar, dan utk ayam yang bertulang cucuk isinya dgn garfu supaya senang masak

    bakar pada suhu 150-200, kepanasan 4 (sederhana) dan bakar selama setengah jam atau sehingga masak.

    kalau boleh separuh masa pertama tu balik kan daging ayam tersebut jadi daging ayam dibakar lebih sempurna.

    kalau nak ayam bakar lembap sedikit sebelum bakar balut daging ayam dlm aluminium foil.


    REVIEW

    daun ketumbar tu ikut suka nak taruk boleh tak mo pun tak apa..sekadar nak bagi nampak cantik daging ayam dan bau nya sedap..itu aje..

    sekian

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Tue Feb 19, 2008 10:39 pm

    wuuuu nash..best2 maceh dear... waa.. mayo ni memang best wat apa aje kan.. thanks dear.. nash selalu ke wat resepi nih.. nash punya sendiri ke.. waaaa...

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Tue Feb 19, 2008 10:49 pm

    bukan nash punya resipi..hehehehe

    selalu juga buat resipi ni..

    husband pun suka..

    kalau ada aluminium foil tu bila bakar ada la cam 'kuah' sket..

    utk anak2 ok la sebab tak berapa nak pedas..

    kalau suka pedas lebihkan serbuk lada tu..

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Tue Feb 19, 2008 11:09 pm

    ic.. maceh nash.. kalu nak tukar ngan ikan boleh gak kan..
    coz i tak leh makan ayam yg panggang.. ada pantang sket..hehe..

    haa sebut pasai asben suka ni.. mesti kita kalu boleh nak mencuba gak kan..

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Tue Feb 19, 2008 11:18 pm

    meowlin wrote:ic.. maceh nash.. kalu nak tukar ngan ikan boleh gak kan..
    coz i tak leh makan ayam yg panggang.. ada pantang sket..hehe..

    haa sebut pasai asben suka ni.. mesti kita kalu boleh nak mencuba gak kan..

    meowlin ada allergy dgn ayam bakar ke?

    first time nash dengar..

    nash tak sure pasal seafood ni..

    tapi kalau meowlin cuba apa salahnya..

    kalau tak trial and error ni kita tak tau sesuai ke tak kan?

    nanti meowlin kasitau plak nash ikan bakar mayo ni sedap ke tak..hehehe

    pasal kesukaan husband nash selalu cuba resipi yang dia suka..

    kadang2 tu pi kedai dia makan something balik rumah dia suruh nash try cam org kedai tu buat..

    kadang2 jadi, kadang2 tak jadi..

    kelakar juga suami grade masakan kita..cam test kat sekolah plak..

    A,B,C..hehehehehe

    ada juga masakan kena banned..tak serasi dgn tekak dia la agaknya..

    nash jarang makan nasi..kalau join husband makan nasi tu dia pun pelik.. Laughing

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Wed Feb 20, 2008 12:08 am

    haa ah.. nash..

    haa agak2 ikan talapia sesuai kot..nanti2 tengok nak cuba..

    isk asben aku ni kan.. nak kata cerewet tak sangat..tapi selera dia beza sungguh ngan haku nih..tapi sekarang ni pandailaa dia makan sizzling noodle tu..kalu dulu jangan haraplaa..
    pehtu dia suka sangat kalu aku wat nasi goreng oregano.. pehtu mee rebus ke..
    aku kurang yg rebus2 ni.. kalu sup2 dan rebus kenala ada sos pedas tu baru ngam..

    asben ku pun tak reti makan ikan masin, sambal belacan,tempoyak, budu, cencaluk.. ekekekee..

    tapi kalu ikan selar kuning ada dia suka betui makan ngan kicap tak moh lauk lain dah..cam budak2 plak..

    tapi sejak dah lama kawin ni dia dah mula boleh ikut makan2 yg aku suka juga.. cuma tak seme laa..

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Wed Feb 20, 2008 12:20 am

    kalau ikan talapia tu paste kan dgn bahan2 rempah tu lekat tak?

    maaf ler nash ni buta pasal nama2 ikan..hehehehe

    mak nash selalu komplain nash ni dah kawen pun bab ikan fail je..

    sabo je la..

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Wed Feb 20, 2008 12:33 am

    ehek.. ala bukan sebab apa nash.. nash kan ikut asben tak bapa suka makan ikan.. tulah jadinya.. aku pun ngan kambing pun tak reti2 lagi.. ekekekek... tongue

    hmm rasa2 kalu nak bakar dlm oven kenalaa pakai aluminium foil kot.. kang merecik teruk kena lap2 kan oven..huhu.. tengoklaa nanti ek .. mana taw menjadi..

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Mon Mar 03, 2008 7:36 pm

    DAGING GORENG


    bahan-bahan:

    daging lembu/daging kambing (ikut suka), dipotong sederhana nipis. daging hanya sekali basuh sahaja, jgn terlalu lama, nanti 'manis' daging tu hilang.

    serbuk cili/lada.

    sos tiram.

    kicap manis (kalau tak ada kicap manis masin pun boleh).

    serbuk kunyit.

    garam (ikut suka).

    serbuk lada hitam (ikut suka).

    sedikit air masak.

    lada besar/capsicum (warna ikut suka hijau/merah/kuning/ungu), dipotong menyerong.

    bawang besar, dipotong bulat.

    campuran sayur2an seperti jagung, snow pea, carrot, buah tomato (kesemua sayur2an dipotong sederhana kecil). pakai frozen mix vege pun ok.

    minyak masak (kalau boleh guna kan minyak yang kurang cholesterol)


    CARA MEMBUAT


    campur serbuk lada, serbuk kunyit, sos tiram, kicap dan sedikit air dlm mangkuk.

    bila campuran serbuk sebati masukkan daging yang telah dipotong dan perap selama 20 minit. jika mahu kan lebih pedas atau lebih masin tabur sedikit serbuk lada hitam dan garam.

    panas kan kuali dan minyak, anggaran minyak cukup utk menggoreng daging dan seterusnya bersama bahan2 lain, not deep fry yeah.

    masukkan daging yang telah diperap, kepanasan api sederhana jadi daging boleh masak rata.

    bila daging agak2 sedikit rangup masukkan bawang besar, lada besar/capsicum dan stir fry seketika..

    kemudian masukkan sayur2an campur tadi, gaul sekejap dan tutup api.


    NOTA


    daging goreng enak dimakan bersama sup kentang dan nasi panas.

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Mon Mar 03, 2008 7:42 pm

    SUP KENTANG

    ubi kentang (size kecil) dipotong ikut suka.

    bawang besar, dipotong berbaji atau bulat.

    buah tomato, dipotong berbaji.

    serbuk lada hitam.

    stok ayam.

    daun ketumbar, dihiris halus.


    CARA MEMBUAT

    rebus ubi kentang yang dipotong dgn air dlm periuk sehingga empuk.

    bila ubi kentang sudah empuk, masukkan bawang besar, buah tomato.

    masukkan stok ayam ikut citarasa masing2.

    tabur serbuk lada hitam.

    akhir sekali tabur daun ketumbar yang dihiris halus kemudian tutup api.

    hidang panas2.


    NOTA

    sup ini tidak memerlukan minyak. hanya konsep rebusan saja..

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Fri Mar 07, 2008 3:47 pm

    waaaaaaaaaaaaa bestnya sup kentang.. resepi sendiri kaa nash?
    i lav kentanggggggggggg.... Smile

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by nashra on Thu Mar 13, 2008 12:30 am

    sup ubi kentang tu resipi cilok..

    alahai, nash tak reti nak reka resipi sendiri..

    kalau alter resipi tu boleh la sesikit..hehehe

    kekadang menjadi, kekadang tak..ikut nasib!

    nashra
    Moderator
    Moderator

    Posts : 555
    Join date : 2008-02-12

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by meowlin on Thu Mar 13, 2008 1:54 pm

    Razz hehehe.. nash haku pun manyak mencilok resepi..

    meowlin
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1329
    Join date : 2008-02-10
    Location : celah peti ais

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: LAUK PAUK MALAYSIA..

    Post by Sponsored content Today at 11:06 am


    Sponsored content


    Back to top Go down

    View previous topic View next topic Back to top

    - Similar topics

     
    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum