CERITA KASIH SEORANG ISTERI

View previous topic View next topic Go down

CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by ceqtom on Fri Apr 11, 2008 6:47 pm

Sekadar mengambil IKTIBAR

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bagi lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student Ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bergaduh...

saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

kawan saya tu sebaya dengan saya umur 34 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 40 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..


ceqtom
Moderator
Moderator

Posts : 160
Join date : 2008-04-06
Age : 41
Location : Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by ceqtom on Fri Apr 11, 2008 6:49 pm

mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2.... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu jugak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

kat bawah....saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. .."kau org cakap dengan mama kau....kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."

tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...

maaf saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

arwah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.

apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid arwah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital...dgn kepayahan arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi…

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. Wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anak2nya...


ceqtom
Moderator
Moderator

Posts : 160
Join date : 2008-04-06
Age : 41
Location : Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by ceqtom on Fri Apr 11, 2008 6:52 pm

Saya masa tu hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg arwah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah arwah sudah tiada.

Masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.

Masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abg arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. Masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah arwah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah, jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. Satu malam saya dan abg arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zohor jenazah arwah selamat di kebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah dirumah anak2 arwah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. Saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya dan rakan saya sama2 belajar di MRSM. Masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA . Setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.


ceqtom
Moderator
Moderator

Posts : 160
Join date : 2008-04-06
Age : 41
Location : Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by ceqtom on Fri Apr 11, 2008 6:54 pm

Masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. Saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 arwah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari Rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak arwah tidur bersama sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan.cara. .senyap-senyap… sayang....papa ada...dan saya berharap agar Allah berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..
(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan.. bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)


ceqtom
Moderator
Moderator

Posts : 160
Join date : 2008-04-06
Age : 41
Location : Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by ceqtom on Fri Apr 11, 2008 6:56 pm

Manusia jenis apa agaknya si suami ni ye..
Ni la org kata " HABIS MADU SEPAH DI BUANG"

Dlm kita semua membaca fikir2kan lah isi cerita ini

ceqtom
Moderator
Moderator

Posts : 160
Join date : 2008-04-06
Age : 41
Location : Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by meowlin on Fri Apr 11, 2008 8:57 pm

hmm ceqtom.. kita pun dapat email ni dari kawan kita.. memang kesian kat arwah wife pertama.. besusah payah menolong suami masa belajar dulu.. last2 cari yg lain.. tak bertanggungjawap langsung..

tengoklaa nanti pembalasan tuhan lambat ngan cepat aje.. Nauzubillah..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by ceqtom on Sat Apr 12, 2008 6:35 pm

Tu le org lelaki ni...
Entah le.. Bila baca btl2 menitis airmata..
X dpt nak bayangkan kalau aku kat tmpt ARWAH ni Crying or Very sad

ceqtom
Moderator
Moderator

Posts : 160
Join date : 2008-04-06
Age : 41
Location : Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by meowlin on Sat Apr 12, 2008 7:56 pm

ee Nauzubillah .. tak seme lelaki gitu ceq.. tapi itule nak cari yg bebetul baik memang susah laa.. apa yg perlu kita buat kenala banyak2 doa agar suami kita tak berubah.. tak sanggup haku..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by medangtamang on Mon Apr 14, 2008 7:56 pm

laa... aku igt ni ceqtom dah kawin... huhu!! mmg betul kejam... aku yg ensem ni pun tak sejahat tu tau! ni jenis laki yg tak der ati perut... apa raa... bikin malu laki jerk... cheh! puihhh!!!

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: CERITA KASIH SEORANG ISTERI

Post by Sponsored content Today at 11:05 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics
» Cerita

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum