Jom share pelbagai jenis nasi goreng..

View previous topic View next topic Go down

Jom share pelbagai jenis nasi goreng..

Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:13 pm

Nasi goreng Oregano..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )




  • Nasi putih (3-4 orang makan)
  • bawang putih 3 4 ulas (ditumbuk kasar)
  • bawang merah 3 ulas & 1 lada hijau besar (dibelah2)
  • 1 sudu kecil ladahitam (ditumbuk bersama)
  • segenggam isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • potongan karot
  • daun sawi secukupnya -nak guna mix vege pun tak apa
  • minyak untuk menggoreng
  • garam, gula & serbuk perasa secukupnya.



Cara-cara




  1. 1) panaskan minyak masukkan bawang putih biarkan layu dan masukkan lada besar hijau
  2. 2) kemudian masukkan bawang merah yg telah ditumbuk bersama lada hitam tadi tumis hingga naik bau
  3. masukkan ayam biarkan seketika dan masukkan sedikit air sehingga ayam hampir empuk
  4. Masukkan potongan karot biarkan seketika dan masukkan oregano.
  5. kemudian masukkan garam gula serbuk perasa biarkan lagi sehingga air hampir kering
  6. kemudian masukkan nasi putih bersama daun sawi
  7. sedia dihidangkan.. boleh dihiaskan bersama daun sup dan bawang goreng
  8. SELAMAT MENCUBA.. AMAT SENANG DAN MUDAH.. SEDAP PUN SEDAP..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Nasi goreng Istimewa

Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:16 pm


Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )




  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2-3 biji bawang putih dihiris nipis2
  • sedikit udang saiz sederhana
  • sedikit ayam/daging tanpa tulang - dihiris
  • Bahan A
  • 4 biji baby corn - belah dua
  • 100g kacang peas
  • setengah sudu besar minyak bijan
  • sedikit pepper
  • 3 sudu besar MAGGI seasoning
  • 4 mangkuk nasi - yg sejuk
  • 2 biji telur yg dah dipukul
  • 3 ulas bawang kecil merah - dihiris nipis2



Cara-cara




  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak didalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga keperangan- jgn sampai hangus
  2. Masukkan ayam/daging, udang dan kacau dalam kuali selama 5 minit.
  3. Masukkan bahan-bahan A dan masukkan juga 3 sudu MAGGI seasoning. Kacau rata dan masak selama 3 minit.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata didalam kuali.
  5. Ketepikan nasi dari tengah kuali dan masukkan 1 sudu besar lebihan minyak masak tadi. Goreng telur dan hancur2 kannya.
  6. Seterusnya kacau rata bersama nasi tadi. Setelah masak bolehlah dihidangkan panas2.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Nasi goreng Ikan masin

Post by meowlin on Mon Feb 11, 2008 9:18 pm

sumber dan gambar-myresepi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 mangkuk nasi

  • Sayur campuran

  • Ikan kurau masin dicuci bersih, dipotong kecil dan digoreng garing

  • Ayam, udang

  • 5 batang cili padi - dihiris halus (ikut kepedasan masing2)

  • 4 ulas bawang putih - dicincang

  • 3 biji telur

  • 1 sudu besar light soya sauce

  • Garam dan sedikit serbuk lada putih




Cara-cara




  1. Tumiskan bawang putih.

  2. Masukkan ayam dan udang dan tumis sehingga masak.

  3. Masukkan cili padi, light soya sauce, serbuk lada putih dan garam.

  4. Masukkan telur, sayur campur dan gaul sebentar.

  5. Akhir sekali masukkan nasi dan ikan kurau yang telah digoreng terlebih dahulu.

  6. Kacau biar semuanya jadi sebati dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun ketumbar kalau ada

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom share pelbagai jenis nasi goreng..

Post by medangtamang on Tue Feb 12, 2008 11:33 am

ARRGGGHHHH!!!!!!!!

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom share pelbagai jenis nasi goreng..

Post by Sponsored content Today at 11:05 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum