Tanda2 Awal Kanser & penyebab utamanya..

View previous topic View next topic Go down

Tanda2 Awal Kanser & penyebab utamanya..

Post by meowlin on Wed Apr 09, 2008 1:55 am

TANDA-TANDA AWAL KANSER...

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(Cool Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(Cool Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan


TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

meowlin
Moderator
Moderator

Posts: 1329
Join date: 2008-02-10
Location: celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Tanda2 Awal Kanser & penyebab utamanya..

Post by meowlin on Wed Apr 09, 2008 12:13 pm

Ada lagi fakta tentang kanser..

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan
mendatangkan kanser.

1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (alamak!).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat.


Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
alamak! tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.


bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru
keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal
Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth
Sulfate secara tunggal.


Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.

Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).

Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah.


Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera.

Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan,
ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.

Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang
yang anda sayangi dan pengguna yang masih
belum disedarkan lagi.


cop cop.. yg no. 3 tu tak payah pun tak apaa.. HAREMMMMMM

meowlin
Moderator
Moderator

Posts: 1329
Join date: 2008-02-10
Location: celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Tanda2 Awal Kanser & penyebab utamanya..

Post by ceqtom on Wed Apr 09, 2008 7:16 pm

Ye lah kan maggie ni dr kita kecik lg dah telan..
Skrg ni ceqtom cuba sekat anak2 dr mengambil maggie ni...
Teh yg bagus teh cina kan.. Cool

ceqtom
Moderator
Moderator

Posts: 160
Join date: 2008-04-06
Age: 39
Location: Tgk le kat mana dan......

View user profile

Back to top Go down

Re: Tanda2 Awal Kanser & penyebab utamanya..

Post by meowlin on Thu Apr 10, 2008 12:09 am

ceq.. penah dedulu jaman kita sekolah rendah.. arwah abah tak kasi makan maggi dlm beberapa tawun gak.. puncanya arwah tok sedara kami tu meninggal dia tu dok sorang2.. bila tengok banyak sungguh mee maggi kat dapur dia.. haa seingat kitala.. masa jaman tu lom ada tanda expired kat belakang mee tu..

cam kita sekarang ni .. makan laa juga tapi 2 3 bulan tu adalah sekali kot..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts: 1329
Join date: 2008-02-10
Location: celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum