~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

View previous topic View next topic Go down

~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:19 am

Jom sesapa yg ada petua2 didapur atau berkenaan masakan, adalah amat dialu2kan berkongsi petua disini..

MEMEKATKAN SUP...
Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

IKAN HARUAN X HANYIR...
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT...
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.

MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT...
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:19 am

TAUGE SEGAR...
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

ATASI NASI MENTAH...
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.

MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI...
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:20 am

AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....

MENGATASI NASI LEMBIK....
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

MELEMBUTKAN DONAT...
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

DAGING KAMBING TIDAK BERBAU...
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:21 am

RAHSIA ROTI CANAI....
Assalamua'laikum. ... Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.

Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.

Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.

Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.

Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan.. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by mama_anggun on Tue Apr 01, 2008 5:46 pm

tq meow di atas petua2 mu yg best itu..

tp sy stuju sgt bab telur tu..sblm masak telur, sy akn basuh dgn span basuh pinggan, takut2 basuh dgn air saja x ilang kotornye..

pastu bile nk masak/bancuh/buat kek ke aper jgn pecah telur terus ke dlm bancuhan atau kuali/periuk..

pecah telur dlm mangkuk bersih yg lain..takut2 ade darah/ketulan darah ataupun bendasing dlm tuh..

lg satu, sy punye tabiat suke belek2 dlu telur yg nk digunakn tu.. mana tau kalau2 ade ttulis kalimah Allah ker..makanan mentah yg lain pun camtu gak..

ntahla, da tbiasa gak nyer..

mama_anggun
Moderator
Moderator

Posts : 149
Join date : 2008-03-11
Location : sebelah tv

View user profile http://www.envytouch.blogs.friendster.com

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Wed Apr 02, 2008 1:11 am

u r most welcome mama.. tapi petua ni dari kawan kita juga.. nanti2 kalu ada petua yg memang dari diri ini sendiri (kalu teringatlaa kita tempek lagi).. sekarang ni dah jadi blurr dah.. hehe..

ooo begitu yaa mama.. macam kita ni omak yg selalu dengar ceramah.. agak2 macam manalaa yg selalu pegi beli kek kat kedai tu kan.. coz member kita yg penah koje kat kedai kek pun ckp.. nama pun kedai kek jadi kebanyakan buat pakai mesin.. telur2 tu memang sahih tak bercuci.. (selalunya tokeh kedai kek ni tokeh cina.. cina plak tabiat derang ckp kalu kita cuci telur tu cam tarak ong.. cikgu cina kita penah ckp gitu).. eee.. selama sebelum kita taw ntah dah banyak mana kita termakan najiss... geliiii...

macam2 mama ni.. kira habit yg agak pelik tu.. tapi bila dipk kan bagus juga.. coz itu tandanya mama selalu ingatkan Allah...

cam kita ni plak kekadang tu suka pandang langit taw.. tengok awan2 yg berlalu tu.. kekadang cam ternampak gambaran2 pokok laa.. burunglaa.. (teringat dulu ada member penah citer nampak awan2 berkepul membentuk kepala wanita tak bertudung kena bakar.. kan penah heboh dulu.. member tu ckp memang betul.. ntahle.. ) kalau nak berlaku apa2 pun boleh berlaku ngan IzinNYA..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by nashra on Wed Apr 16, 2008 10:33 pm

org2 sekarang lebih cerdik dan peka gitu..

bagus la..

memang elok kita sama2 jaga kebersihan, terutama berkenaan dgn makanan..

nash tak banyak petua..tapi suka baca..

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Fri Apr 18, 2008 12:19 am

ada lagi petua nash.. tapi ntah mana laa web nyaa.. kot dah terdelete kot.. hmm...

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by medangtamang on Sat Apr 19, 2008 9:35 pm

Basuh telur?? hahahaha!! Aku dah pikir lain dah... hahahaha!! (sakit perut aku dok gelak biler baca artikel tu.. kehkehkehkeh!!)

Nanti ada lak kedai roti canai/prata wat signboard....

"TELUR KAMI DIBASUH"


Hahahaha!!!

_________________
Be My ValenTine?

medangtamang
Moderator
Moderator

Posts : 188
Join date : 2008-02-11
Location : Ada laaa...

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by meowlin on Sun Apr 20, 2008 2:04 pm

medangtamang wrote:Basuh telur?? hahahaha!! Aku dah pikir lain dah... hahahaha!! (sakit perut aku dok gelak biler baca artikel tu.. kehkehkehkeh!!)

Nanti ada lak kedai roti canai/prata wat signboard....

"TELUR KAMI DIBASUH"


Hahahaha!!!

Shocked lol! lol!

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: ~~PETUA MASAKAN/DIDAPUR~~

Post by Sponsored content Today at 5:33 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum