Jom Kongsi segala jenis petua

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Fri Apr 18, 2008 12:36 am

haaa ni ada pun.. as per requested by wulan cinta kita ni haa ku dpt dari website melayu leh laa praktikan mana yg wulan rasa boleh..


KURUSKAN BADAN DENGAN BUAH PINANG

Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu the ke dalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing



KURANGKAN KADAR KOLESTEROL

Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca the minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA

Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika diamalkan meminum air rebusan ini pagi dan badan akan menjadi ringan dan bertenaga.



PETUA MENGEMPISKAN PERUT

Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru bersalin (bengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumutkan atau sapu pada perut sahaja, amalkan setiap malam.



MENGELAK PERUT BUNCIS

Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum jam 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.



DELIMA UNTUK MELANGSINGKAN BADAN

Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air sulam dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Fri Apr 18, 2008 1:02 am

SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

  • Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
  • Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.

DEMAM BIASA

  • Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
  • Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
  • Minumlah air rebusan bunga melor.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Fri Apr 18, 2008 1:04 am

MENURUNKAN DARAH TINGGI

  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
  • Makanlah biji buah Peria atau
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

SAKIT KEPALA

  • Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
  • Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
  • Makanlah daun pokok Peria atau
  • Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

SENGAL SENDI

  • Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
  • Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
  • Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
  • Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
  • Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu
SELSEMA

  • Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
  • Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
  • Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Fri Apr 18, 2008 1:06 am

SUARA SERAK

  • Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
  • Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
  • Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.

BATUK/LELAH/SEMPUT

  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
  • Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
  • minumlah rebusan akar pokok melor atau
  • Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
  • Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
  • Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum

SAKIT GIGI

  • Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau
  • Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau
  • Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau
  • Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

BENGKAK GUSI

  • Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau
  • Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

GUSI BERDARAH

  • Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
  • Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
  • Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by Sponsored content Today at 5:31 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum