Jom Kongsi segala jenis petua

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:44 am

Hmm kita bukak rumah baru dan kongsi mana2 petua yg kita ketahui.. ( juga as per requested by mama anggun kita tu apa kata kat sini haku ada petua yg kawanku si piot hantar melalui email (dak piot ni register tapi sampai udah lom posting Laughing ) Bagi kawan2 yg tahu apa2 petua.. mungkin petua utk perkara yg sama tapi caranya berlainan pun dialu2kan.. Very Happy


kita mula dulu yaa.. Smile

MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM...
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.


MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP...
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT...
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

JIKA TERLEKAT TULANG...
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah, tul ang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:48 am

Haa ni plak petua elok bagi yg tengah peknen macam mamaanggun kita..

KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA

IBU HAMIL...
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya.. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.



Petua Memudahkan Bersalin.

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..

c) Amalkan minum air lebihan suami.

d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.

g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.

h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.

i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.

b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.

d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

e) Lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.

g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.

h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Petua Membersihkan Rahim
Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.



Last edited by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:02 am; edited 1 time in total

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:50 am

Petua Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah.. (psst kita selalu amalkan tapi bukan masa berdandan.. tapi setiap kali lepas abih solat subuh..)

RAMBUT BERUBAN...
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM, DURI & TULANG IKAN...
Ambil 3 bijik bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

BAU MULUT...
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:51 am

RESDUNG...
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA...
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

PERUT MASUK ANGIN...
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

RAMBUT UBAT KAKI PECAH...
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang pecah itu.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:52 am

CACAR AIR...
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN...
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

UBAT PANAU...
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

SAKIT SIPLIS...
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:53 am

BISA-BISA TULANG...
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

KENCING MANIS...
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

DEMAM KUNING...
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

PENYAKIT KUNING...
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:54 am

UBAT KENCING BATU....
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK...
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan- bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

CIRIT BIRIT...
Ramuannya; bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya) .Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

KENCING TIDAK LAWAS...
Ramuannya; madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:56 am

MENYEMBUHKAN LUKA...
Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

UNTUK MENGUBATI PENYAKIT BATU KARANG...
Ramuannya; madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

PENAWAR RACUN & SENGATAN BINATANG BERBISA...
Ramuannya; madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

PENAWAR GIGITAN ANJING GILA...
Ramuannya; daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:57 am

UNTUK MERAWATI MASALAH BATUK KERING....
Ramuannya; 1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

PENAWAR SESAK NAFAS...
Ramuannya; madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

PENYAKIT GAGAP...
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan..

BENJOL & LUKA YG TERUK...
Ramuannya; buah delima yang diambil bijinya dan madu..Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:58 am

MATA BERSELAPUT.. .
Bahan-bahannya; Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu. kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

TAJAMKAN MATA GUNTING...
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.

MENCUCI KOTORAN PADA PAKAIAN...
Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau. Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci. Kotor yang terkena minyak pula maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh. Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.

PAKAIAN ANDA TERKENA GETAH & TERKENA KUNYIT...
Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian.

Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 1:59 am

MENAHAN AIR LIUR ANAK DARI MELELEH KELUAR...
Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah- mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

SUSAH TIDO...
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan. Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

BAHAYA TIDO DI SIANG HARI...
Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal.

LARANGAN & PERATURAN SELEPAS MAKAN...
Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:00 am

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN....
Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya

CARA HAPUSKAN KELEMUMUR...
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.

MENEGANGKAN MUKA...
Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan leher sebelum tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan beransur hilang.


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:03 am

HIDUNG BERDARAH...
Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

MENGUBATI PENYAKIT JANTUNG...
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.

MENGHITAMKAN ALIS MATA...
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis...
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

MENGHILANGKAN JERAWAT BATU...
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu.. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:04 am

SUPAYA GIGI DILIHAT LEBIH PUTIH...
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

MENYEMBUHKAN GUSI BENGKAK...
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.

RAMBUT...
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang˛nya seminggu sekali.

2.. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:05 am

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT...
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

HILANGKAN KARAT PADA GIGI...
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

MENGHILANGKAN CAGU...
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur


MATA TERMASUK LADA...
Apabila anda sedang menumbuk lada untuk membuat sambal belacan sekali dengan tiba-tiba ia tepercik masuk ke mata, anda tak perlu risau.. ambil air dan siram kedua belah kaki anda, dengan beberapa saat mata anda akan hilang pedihnya.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:06 am

MENGHARUMKAN RUMAH...
Ambil beberapa helai daun pandan,mayang seperti membuat bunga rampai.letakkan dalam bekas atau bakul.bolehlah diletakkan di ruang tamu,dapur,bilik tidur atau dimana saja sesuai.mudah dan menjimatkan. selamat mencuba.

MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN...
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

SEGARKAN MATA...
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

UBATI BIBIR YG PECAH...
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:07 am

TONIK UTK MENGUATKAN PARU-PARU...
Jus buah pear dan pie digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk mengubati masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. la bertindak sebagai tonik yang membersih dan menguatkan paru-paru serta menjauhkan penyakit-penyakit berbahaya seperti batuk kering.

Minuman itu, yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan C dan niasin merupakan penawar bagi mengubati demam panas. la mendatangkan kesan yang menyejukkan ke atas sistem tubuh badan, sekali gus menurunkan suhu badan yang panas.

Kedua-dua jenis buah itu, yang berasal dari Asia Barat dan Eropah, juga membantu meredakan masalah perut meragam. Tabiat makan yang berlebihan atau terlalu banyak mengambil makanan berlemak atau berempah boleh menyebab-kan sistem penghadaman terganggu akibat pengumpulan asid yang berlebihan.

Jus buah pear-pie, jika disedut perlahan-lahan, bertindak meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut.

Perjalanan jauh sama ada dengan kereta atau bas boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami alahan seperti pening dan muntah.

Satu petua untuk mengelakkan alahan seumpama itu ialah dengan meminum jus buah pie-pear. Mereka juga digalakkan membawa bekalan jus pie-pear semasa dalam perjalanan jauh.

Wanita mengandung atau mereka yang sering kali mengalami alahan seperti pening dan muntah-muntah semasa berjalan jauh juga dinasihatkan membekalkan jus buah pear.

Minuman itu juga sesuai diamalkan untuk menghilangkan rasa loya seperti yang sering dialami oleh wanita mengandung pada waktu pagi.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:09 am

MENGATASI MABUK SEMASA PERJALANAN JAUH...
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG.. .
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.


BADAN RINGAN & BERTENAGA...
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH...
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam - 1 pain air).


meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Tue Apr 01, 2008 2:11 am

MENCUCI SETERIKA KOTOR...
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.

PENGISAR SENTIASA TAJAM...
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Oklah setakat ini dulu yaa.. nanti kalu ada lagi.. kita tambah lagi petua2.. kawan2 yg ada petua pun dialu2kan utk kita share bersama2...

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by mama_anggun on Tue Apr 01, 2008 6:02 pm

tq byk ye meow bg petua utk ibu mgandung tu..insyaAllah leh amalkn slagi sempat nih... Very Happy


mama_anggun
Moderator
Moderator

Posts : 149
Join date : 2008-03-11
Location : sebelah tv

View user profile http://www.envytouch.blogs.friendster.com

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Wed Apr 02, 2008 12:39 am

mama_anggun wrote:tq byk ye meow bg petua utk ibu mgandung tu..insyaAllah leh amalkn slagi sempat nih... Very Happy


u r most welcome dear... Very Happy

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Wed Apr 09, 2008 12:23 pm

Bagus untuk mandi..

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress
serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan
yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan
penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam
dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas
dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.



Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.



Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10
hingga 20 minit.



Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.



Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke
dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas
mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.



Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga
menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air
sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.



Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.
Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan
kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki
lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Wed Apr 09, 2008 12:25 pm

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.


Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. .


Orang-orangChinadan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.

Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan.
Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada


serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by wulan_cinta on Thu Apr 17, 2008 3:47 pm

meow,


petua kuruskan badan ade x..hehehe

wulan_cinta

Posts : 26
Join date : 2008-04-15
Location : Utara

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by meowlin on Fri Apr 18, 2008 12:25 am

haaa... nanti2 ku cari yaa..

tapi kan wulan.. penah gak dengar.. wulan biasa tak ngan buah delima tu.. ala buah yg biji2 kecik yg banyak tu..
haa org tua2 suruh amalkan makan buah delima tu 1 biji sehari dlm masa seminggu.. ntahle menjadi ke tidak..

pehtu ada gak dengar suruh amalkan minum air sunquik yg limau mandarin tu kalu tak silap ngan air tanpa gula.. amalkan tetiap ari..

yg lenlain tu nanti ahkak cari yaa.. hehe..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Jom Kongsi segala jenis petua

Post by Sponsored content Today at 11:05 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum