Donut oo Donut

View previous topic View next topic Go down

Donut oo Donut

Post by meowlin on Sat Feb 23, 2008 1:00 am

meow nak share resepi donut meow..



Bahan-Bahan

1 paket yis mauripan dicampurkan dengan 2/3 cawan air suam (bukan air panas)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan susu tepung (optional)
1 sudu kecil garam
2/3 stick butter
tepung secukupnya.. macam meow agak2 dalam 3 atau 4 1/2 cawan.

Cara-Cara.

1) Masukkan 1 - 2 cawan tepung dahulu bersama yis yg telah dicampurkan dengan air suam, butter, garam, gula kemudian diadunkan. Biarkan selama 20 minit atau adunan naik 2 kali ganda.

2) Bila sudah naik 2 kali ganda masukkan lebihan tepung dan uli sehingga tidak melekat ditangan. Kemudian bolehlah diterap atau dibulat kan ikut pilihan anda.

3) Bila sudah selesai semuanya terus aje menggoreng donut yg mula2 dibentukkan. Tak perlu tunggu donut menjadi lagi besar kerana semasa kita mencanai yang lain2 pun donut yg pertama sudah mengembang dan sedia untuk digoreng..

4) Bila sudah selesai menggoreng di atas api yg sederhana bolehlah dihiaskan samada dengan gula aising atau dengan icing coklat.. atau bagaimana cara anda mahukannya. Tapi kenalah pastikan agar donut itu dah agak sejuk barulah boleh dihiaskan.

Selamat Mencuba. cheers

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Donut Kentang

Post by meowlin on Sat Feb 23, 2008 1:02 am

sumber dan gambar myresepi.


Bahan-bahan ( 14 biji (ikut saiz) )



  • 200 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 1/2 camca besar yis kering
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh dough softener
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 camca besar shortening
  • 1/2 biji telur
  • 3 camca besar kentang lecek
  • 1/2 camca besar minyak jagung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air sejuk


Cara-cara



  1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
  3. Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
  4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit (doh memang melekit ,tak perlu tambah tepung).Rehatkan doh 1/2 jam.
  5. Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
  6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.

  7. Ini cara saya panaskan donut(yg blm make-up aje tau).Panaskan minyak dalam kuali,letak jaring atas minyak dan letak donut atas jaring tu .Cover donut dgn loyang .Bila minyak dah panas tutup api.Balik-balikkan donut dan ulang proses tu hingga dah puashatidgn kepanasannya.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Donut cheese

Post by meowlin on Sat Feb 23, 2008 1:08 am



Bahan-bahan ( 25-30 )



  • Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu besar susu tepung
  • Bahan B
  • 190ml air suam
  • 2 camca teh instant yeast/ mauripan


Cara-cara



  1. Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
  2. cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
  3. Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
  4. kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

View user profile

Back to top Go down

Re: Donut oo Donut

Post by Sponsored content Today at 11:06 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum